Sunday, April 11, 2010

Kurikulum Pendidikan Moral

KURIKULUM PENDIDIKAN MORAL SEKOLAH

* Pendidikan Moral ialah mata pelajaran teras atau wajib untuk semua murid yang tidak mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam di dalam semua peringkat persekolahan iaitu dari pra-sekolah sehingga ke Tingkatan 5 (Akta Pendidikan 1996).

* Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Rendah (KBSR) mengandungi lima Bidang Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan murid.

* Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral untuk Sekolah Menengah (KBSM) mengandungi tujuh Bidang Pembelajaran yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai murni di kalangan murid.

* Walaupun bidang pembelajaran dan nilai itu sama, skop dan penekanan isi pelajaran adalah berbeza kerana isu-isu moral yang dikemukakan semakin kompleks dan mendalam selaras dengan tahap keperluan dan kematangan murid.

Nilai Nilai Moral

1. NILAI BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN DIRI

1 Kepercayaan kepada tuhan 7 Berdikari
2 Amanah 8 Kerajinan
3 Harga diri 9 Kasih sayang
4 Bertanggungjawab 10 Keadilan
5 Hemah tinggi 11 Rasional
6 Toleransi 12 Kesederhanaan


2. NILAI BERKAITAN DENGAN KEKELUARGAAN

13 Kasih sayang terhadap keluarga
14 Hormat dan taat kepada anggota keluarga
15 Mengekalkan tradisi kekeluargaan
16 Tanggungjawab terhadap keluarga


3. NILAI BERKAITAN DENGAN ALAM SEKITAR

17 Menyayangi dan menghargai alam sekitar
18 Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar
19 Kemapanan alam sekitar
20 Peka terhadap isu-isu alam sekitar


4.0 NILAI BERKAITAN DENGAN PATRIOTISME

21 Cinta akan negara
22 Taat setia kepada raja dan negara
23 Sanggup berkorban untuk negara


5.0 NILAI BERKAITAN DENGAN HAK ASASI MANUSIA

24 Melindungi hak kanak-kanak
25 Menghormati hak wanita
26 Melindungi hak pekerja
27 Menghormati hak golongan kurang berupaya
28 Melindungi hak pengguna

6.0 NILAI BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI

29 Mematuhi peraturan dan undang-undang
30 Kebebasan bersuara
31 Kebebasan beragama
32 Penglibatan diri dalam pembangunan negara
33 Sikap keterbukaan


7.0 NILAI BERKAITAN DENGAN KEAMANAN DAN KEHARMONIAN

34 Hidup bersama secara aman
35 Saling membantu dan bekerjasama
36 Saling menghormati antara negara